Maafkan saya kerana telah lama tidak share bahan bacaan berkaitan dengan urutan tradisional. Pada kali ini, saya akan berkongsi mengenai SAKIT ULURAN yang biasanya terjadi kepada lelaki, dan bahan ini adalah berdasarkan kepada buku rujukan yang saya perolehi drp Buku : Berurut untuk Pemulihan URAT SARAF.
Adalah sukar untuk
memberikan pengertian mengenai sakit uluran. Secara umumnya, sakit ini
ditakrifkan sebagai
“ any testicular swelling”,
burut, pasang-pasang”.
Walaubagaimanapun,
pengertian ini tidak tepat untuk menjelaskan pengertian sakit uluran, kerana
kenyataannya tidak jelas. Apa yang pasti penyakit ini adalah penyakit yang lazim
terjadi pada kaum lelaki, tidak mengira peringkat umur samada kanak-kanak atau
orang dewasa. Menurut seorang dukun urat, penyakit ini adalah merupakan sakit warisan
yang terjadi ketika pencantuman benih lagi.
Walaupun demikian, pendapat
ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik kerana tidak terdapat bukti yang
meyakinkan mengenainya.
Penyakit ini juga mungkin
meyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang
dianggap sejuk, yang menyebabkan ANGIN BERLEBIHAN dalam perut. Angin yang masuk
dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula dalam usus akibat
pergerakan bahan-bahan makanan dalam usus terlalu cepat . Angin yang terlebih inilah
yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk
bahagian pinggang, pening dan sebagainya.
Menurut seorang dukun dan
pakar urut membahagikan sakit uluran kepada empat jenis iaitu:
i.
Uluran Angin
Sakit inilah yang sering dialami oleh kebanyakan
laki-laki . Ianya berpunca daripada angina berlebihan dalam usus. Angin ini
akan naik ke bahagian kepala melalui
belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala . Sekiranya sakit ini
tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu
mengidap sakit darah tinggi. Selain drp itu, angina sesat juga akan mengisi
ruang-ruang kosong di bahagian sendi menyebabkan sakit bengkak sendi.
ii.
Uluran Urat
Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan
boleh menyebabkan seseorang mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat juga
boleh menyebabkan LEMAH SYAHWAT.
iii.
Uluran Lendir
Sakit ini berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak
berperaturan menyebabkan pembentukan lender dan lemak berhimpun di buah
pinggang. Jika sakit ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu
mengidap sakit buah pinggang.
iv.
Uluran Darah
Sakit ini juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit
ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Adalah
dipercayai darah panas akan naik ke kepala, menyebabkan seseorang itu pening.
No comments:
Post a Comment