LEMAH
SYAHWAT (IMPOTENCY)
Sakit lemah syahwat
boleh terjadi pada semua peringkat umur laki-laki. Ia boleh terjadi sejak
seseorang itu dilahirkan atau kerana sebab-sbab tertentu, seperti kecederaan
akibat kemalangan, buatan orang (sihir) dan sebagainya. Lemah syahwat bererti
ketidakmampuan seseorang lelaki untuk melakukan persetubuhan. Penyakit ini juga
ditakrifkan sebagai orang lelaki yang hilang keinginan seks.
Selain
sebab-sebab yang dinyatakan di atas, berikut juga adalah punca-punca yang boleh
melemahkan syahwat:
i.
(1)Penyakit
ini boleh berlaku akibat kerosakan urat saraf dan otot pada zakar dan urat
saraf yang berkaitan dengannya, akibat kemalangan jalan raya atau disebabkan
terjatuh dari tempat yang tinggi, akibat kelumpuhan yang menyebabkan saraf
tidak berfungsi, tekanan jiwa yang berpanjanganyang sukar dikawal;
(2) Kerap
melakukan onani (melancap) iaitu mengeluarkan air mani secara paksa dengan
tangan ketika umur muda;
(3) Kekerapan
melakukan jimak dalam masa yang singkat juga mungkin menjadi punca lemah
syahwat;
(4) Amalan
membasuh kemaluan sebaik sahaja melakukan jimak juga boleh melemahkan urat
saraf pada zakar; dan
(5) Buatan
orang, seperti sihir atau berpunca daripada gangguan makhluk –makhluk halus.
No comments:
Post a Comment