Saya mempunyai ramai pelanggan yang risau akan kesihatan kelelakian mereka. Ramai yang mengadu masalah cepat pancut, lambat naik tapi cepat kendur, mudah geli dan sebagainya yang berkaitan dengan kesihatan batin masing-masing.
Bersama-sama ini saya kongsikan maklumat yang saya petik daripada blog http://hafizamri.com/doa-untuk-menguatkan-tenaga-batin/. Terima kasih atas perkongsian bersama.
Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan ( mati pucuk ).
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.
Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.
Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin (Mati Pucuk)
Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:
1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
No comments:
Post a Comment