Urut Tradisional Melayu / Malay Traditional Massage

Saturday, 3 August 2013

MENGURUT BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kepada saudara-saudari yang mengikuti blog saya pada ketika ini. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan MENGURUT BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU. Perkongsian ilmu ini adalah diperolehi daripada sumber tulisan BERURUT UNTUK PEMULIHAN URAT SARAF, tulisan Dr. Amran Kasimin dan Abdullah Seman.

Di antara  tajuk yang saya rasakan sesuai untuk ketengahkan pada entri kali ini adalah berkaitan bab mengurut bahagian-bahagian tertentu. Bacalah untuk kebaikan tuan / puan.


MENGURUT BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU

Tidak semua urat saraf memerlukan urutan menyeluruh. Sesetengah urat saraf hanya memerlukan urutan pada bahagian-bahagian tertentu badan. Ini bergantung kepada jenis penyakit yang dialami. Contoh adalah seperti berikut:

i.            Sakit perut memulas : Hanya memerlukan urutan di bahagian labu betis, tapak kaki kiri dan kanan serta dengan memaut ke bawah ibu jari kaki kiri dan kanan. Bahagian jantung (labu) betis perlu diurut kerana ia dipercayai boleh mengendurkan urat perut.

ii.        Sakit Pening (berpunca gangguan fikiran dan kerosakan otot : Bahagian yang perlu diurut adalah bahagian leher kiri dan kanan, bahu kiri dan kanan, bahagian belakang kepala dan urat di bawah telinga.

iii.          Penyakit Kebas (numbness) : Boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu doa dan cara mengurut. Sebelum mengurut, doa yang perlu dibaca adalah:

·         Surah Al-Fatihah
·         Ketika melakukan urutan baca … “Ya Allah, Ya Rasulullah”
·         Untuk memecah dan menghancurkan lemak dan lendir, bacakan surah “IZA ZUL ZILATIL ARDHUZIL ZALAHA”

URUT AKIBAT KEBAS DI BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU

Jika kebas anggota tangan, bahagian yang perlu diurut ialah:

i.              Celah-celah ibu jari
ii.            Pergelangan tangan
iii.           Buah lengan (antara siku dan pergelangan tangan)
iv.           Bawah siku
v.            Bawah lengan
vi.           Bahu
vii.          Urat celah bahu
viii.        Celah urat belikat
ix.           Hujung tulang kipas

Urutan Kebas Tangan





Jika kebas pada kaki, bahagian yang perlu diurut ialah:
i.     Bahagian atas paha :Urut dari pangkal paha ke bahagian lutut dengan menggunakan perut ibu jari;

ii.            Bahagian atas dan bawah lutut: Tekan bahagian bawah lutut dengan agak kuat menggunakan hujung jari tangan;

iii.           Jantung (labu) betis: Urut dari bahagian bawah lutut ke bahagian atas tumit.
iv.           Pergelangan kaki
v.            Tapak kaki (urut antara 2 hingga 3 minit)

vi.           Celah-celah cari kaki bahagian yang mengalami kebas.


Urutan Kebas Kaki


Di harapkan perkongsian ilmu ini mendapat manfaat kepada semua pembaca yang mengikuti blog saya yang tidak seberapa ini.


Sekian....terima kasih.

No comments:

Post a Comment