Urut Tradisional Melayu / Malay Traditional Massage

Sunday, 11 January 2015

MASALAH BERKAITAN PASANG SURUT / ANGIN PASANG / HERNIA

Assalamualaikum...

Akhir akhir ini saya menerima kunjungan pelanggan yang memerlukan rawatan berkeitan Angin Pasang / Pasang Surut / Hernia...memang menyakitkan bila terkena masalah ini.

Jadi disini ingin saya kongsikan sedikit info berkaitan masalah berkaitan pasang surut ini yang saya petik daripada blog cahayapurnama.com. Harap ia memberi manfaat kepada kita semua.


Apa itu ‘pasang surut’??
 Pasang surut (dalamB.Melayu) manakala dlm konteks medikalnya ia dipanggil ‘hernia’. Hernia adalah bonjolan dan ia mempunyai pelbagai jenis. Pasang surut adalah salah satu jenis ‘hernia’ yang sering berlaku dan ia dipanggil ‘inguinal hernia’. Pasang surut berlaku apabila sebahagian daripada usus telah terkeluar dari bahagian perut dan membentuk bonjolan di kawasan antara perut dan peha.
Pasang surut ini lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki bermula dari umur pertengahan sampailah kepada orang2 tua. Saya yakin pasang surut ini bukanlah satu fenomena yang asing bagi masyarakat Malaysia.Oleh itu, mari kita sama2 mengenali apa itu pasang surut.

 Bagaimana ia boleh berlaku?
Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat.Beberapa faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah.Yang pertama, mungkin disebabkan seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok.Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.Yang kedua, masalah ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu sering melakukan kerja2 yang berat spt mengangkat brg2 yang berat dan apa2 sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang itu sering membongkok dan berdiri tegak semula. Yang ketiga, mungkin juga disebabkan seseorang itu sering meneran ketika ingin membuang air besar dan ini berlaku mungkin disebabkan sembelit. Yang kelima, mungkin juga sejak lahir lagi otot di kawasan itu sudah ada masalah dan menjadi lemah.

Bagaimana untuk mengesan seseorang itu mendapat pasang surut?
Terdapat bonjolan di kawasan yang dinyatakan di atas dan bonjolan ini lebih ketara untuk dilihat apabila seseorang itu batuk.Selalunya bonjolan ini tidak menyakitkan dan ia tidak akan kelihatan ketika seseorang itu baring.

Cara untuk menangani pasang surut?
Sila berjumpa segera dengan doctor untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai masalah ini.Terdapat dua cara untuk menangani masalah ini.Pertama melalui pembedahan.Pembedahan adalah cara yang terbaik untuk masalah ini.Pembedahan dilakukan untuk memasukkan kembali usus yang telah terkeluar itu ketempat asalnya.Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, usus itu akan terus terkeluar dan akan menyebabkan bahagian yang terkeluar itu menjadi mati kerana tidak mendapat bekalan darah yang diperlukannya. Apabila komplikasi ini berlaku, individu tersebut akan berasa sakit yang tidak dapat ditanggung lagi dan mungkin akan mendapat kesan2 sampingan yang lain.
Namun, sekiranya seseorang itu tidak memenuhi kriteria2  yang membolehkan dia untuk dibedah, inidividu itu mungkin boleh menggunakan cara kedua iaitu dengan memakai ‘hernia truss’.seperti gambar dibawah.

alat-penahan-hernia
Alat ini boleh didapati di farmasi dan ia bertujuan bukan untuk merawat masalah pasang surut, tetapi untuk memberi sokongan sementara kepada usus yang telah terkeluar itu untuk kembali ke tempat asalnya. Namun, alat ini tidak dapat menandingi kesan yang diperolehi dari pembedahan.Pembedahan tetap merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini.

Pencegahan awal?
Elakkan perkara2 yang boleh menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah.Elakkan merokok kerana merokok boleh menyebabkan seseorang itu kerap batuk.Elakkan dari melakukan pekerjaan2 yang berat.Jangan meneran semasa membuang air besar dan haruslah makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, serta minum banyak air kosong untukmengelakkan masalah sembelit dari berlaku. Berjumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat tanda2 pasang surut berlaku.

Akhir kata, ‘mencegah lebih baik dari merawat’. Wallahua’lam..

Sumber : Doktor Cahaya Purnama

Thursday, 8 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua , teruatama yang mengikuti blog saya ini (walaupun tak ramai).

Semoga tahun baru 2015 ini lebih baik daripada tahun 2014, yang meninggalkan 1001 kenangan pahit dalam lipatan sejarah negara. Dengan kejadian pengganas di Lahad Datu, negara digegarkan dengan kes kehilanagan MH370, dan belum pun selesai kes kehilangan pesawat malang itu, pesat MH17 pula ditembak jatuh di Ukrain. Allahuakbar..

Dengan banjir besar melanda negeri-negeri di Malaysia terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 23 Disember 2014, kita digegarkan sekali lagi dengan pesawat Air Asia yang jatuh apabila terlibat dengan cuaca buruk. Walaupun ia adalah pesawat Air Asia Indonesia, tetapi patungnya masih di bawah negara kita Malaysia.

Jadi diharapkan, tahun 2015 ini memberi sinar baharu kepada kita semua, dan MALAYSIA KHASNYA. Semoga yang buruk buruk dijauhkan, dan yang MANIS-MANIS sahaja datang kepada kita semua.

Sampai disini dulu coretan saya...Assalamualaikum wbt.

Mann, Putrajaya
0192233756